BERNAMA.com – Pembelian kereta baharu kerajaan negeri ikut proses biasa

[ad_1]

SEREMBAN, 7 Jan (Bernama) — Menteri Besar Aminuddin Harun hari ini menjelaskan bahawa pembelian kereta baharu untuk kegunaan rasmi Menteri Besar dan beberapa anggota pentadbiran negeri tidak menjadi isu kerana ia telah diluluskan kerajaan negeri sebelum ini.

Beliau berkata pembelian kereta baharu jenis Honda Accord untuk kegunaan rasmi Menteri Besar, Setiausaha Kerajaan Negeri, Speaker dan Timbalan Speaker, Pegawai Kewangan Negeri, Penasihat Undang-Undang Negeri, Mufti Kerajaan Negeri dan 10 anggota Exco itu, yang keseluruhannya membabitkan kos lebih RM2 juta, adalah proses biasa dan tiada isu.

Katanya pembeliannya adalah mengikut proses biasa itu kereta lama yang telah berusia lima tahun boleh digantikan dengan kereta baharu.
…..



[ad_2]