BERNAMA.com – Perbincangan perjanjian air Malaysia-Singapura perlu lebih masa

[ad_1]

KUALA LUMPUR, 21 Feb (Bernama) — Perbincangan mengenai Perjanjian Air 1962 di antara Singapura dan Malaysia dilihat positif dan kerajaan optimis ia mampu diselesaikan dengan baik walaupun memerlukan lebih masa lagi sebelum dimuktamadkan, kata Menteri Luar Datuk Saifuddin Abdullah.

Beliau berkata paling penting mengenai isu air itu, kerajaan telah berjaya melangkah ke depan serta berjaya mengadakan pertemuan dan memulakan perbincangan dengan negara republik tersebut.

“Mengenai isu air ini, saya dengan Menteri Luar Singapura sedang mencari tarikh sesuai untuk bertemu dan berbincang lanjut dalam masa terdekat. Kesudian republik itu juga adalah sesuatu yang cukup memberangsangkan berbanding sebelum ini yang seolah-olah tiada perkembangan,” katanya kepada pemberita.
…..



[ad_2]