Isu telekomunikasi aduan tertinggi diterima MCMC

[ad_1]

KUALA LUMPUR, 21 Feb (Bernama) — Isu telekomunikasi merupakan aduan terbanyak yang diterima oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) daripada orang awam iaitu 76 peratus daripada 49,065 aduan pada tahun lepas.

Dalam kenyataannya hari ini, MCMC berkata sebanyak 17 peratus lagi melibatkan media baharu dan baki enam peratus berkenaan penyiaran serta perkhidmatan pos.

“Bagi tempoh Jun hingga Disember tahun lepas, kebanyakan penyedia perkhidmatan gagal mematuhi keperluan untuk menyelesaikan 90 peratus aduan dalam tempoh 15 hari bekerja.

“MCMC tidak akan bertolak ansur dan akan mengambil tindakan tegas terhadap penyedia perkhidmatan telekomunikasi serta syarikat penghantaran cepat yang didapati gagal menyediakan perkhidmatan pelanggan berkualiti kepada pengguna,” demikian menurut kenyataan itu.
…..



[ad_2]