[ad_1]
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang) Datuk Liew Vui Keong berkata mahkamah sedia ada seperti Mahkamah Persekutuan iaitu mahkamah tertinggi sekali yang diduduki tujuh hakim akan mengendalikan isu membabitkan perlembagaan sekiranya ada.
“(Cadangan penubuhan) Mahkamah Perlembagaan ini untuk mengendali isu-isu perlembagaan tetapi yang sebenarnya mahkamah sedia ada memang sudah lengkap dengan hakim-hakim yang boleh mengendali isu-isu perlembagaan.
“Jadi bagi saya sekiranya ada keperluannya (untuk menubuhkannya) pihak mahkamah bolehlah memberikan cadangan kepada kita (kerajaan) namun setakat ini saya tidak lihat keperluan untuk mewujudkannya,” katanya selepas mengadakan lawatan ke Jabatan Bantuan Guaman cawangan Perak di Bangunan Persekutuan di sini, hari ini.
…..
[ad_2]

More Stories
Malaysia satu-satunya negara Asean tak catu bekalan bahan api
Senarai nama calon KP SPRM telah dipersembah kepada Agong
UMS Pacu Kampus Lestari Melalui Program Tanam Pokok @ FKJ