[ad_1]
Menteri Besar, Datuk Osman Sapian berkata penjawat awam negeri ini boleh menggunapakai ungkapan KSM – “Kerja Seperti Mahathir” yang diolah beliau daripada KSM – “Kerja Sampai Mati” yang diungkap Perdana Menteri ketika berkempen pada Pilihan Raya Kecil (PKR) Cameron Highlands, baru-baru ini dalam menabur bakti kepada rakyat.
“Saya ingin meminjam kata-kata Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad. Katanya, “Bintang Kebesaran yang paling saya minati ialah KSM, Kerja Sampai Mati”. Walaupun ungkapan itu dinyatakan secara berseloroh tetapi ia memberi makna yang cukup mendalam lebih-lebih lagi ia keluar dari mulut seorang pemimpin yang berusia 93 tahun.
“Memilih kerjaya sebagai penjawat awam, bererti kita memilih untuk berkhidmat dan menabur bakti kepada rakyat dan negeri dan saya mengharapkan agar kita semua juga boleh mengunapakai darjah kebesaran KSM yang saya olah menjadi “Kerja Seperti Mahathir”,” katanya ketika menyampaikan amanat kepada pegawai dan anggota perkhidmatan awam Johor, di sini hari ini.
…..
[ad_2]
More Stories
KUSKOP salur RM346.28 juta pembiayaan PMKS dan koperasi di Negeri Sembilan pada tahun 2024
Maritim Malaysia tahan dua bot tunda nelayan lakukan aktiviti tarik pukat tunda
Agensi di bawah KUSKOP bantu usahawan terjejas banjir di Sabah, Sarawak