Boeing akui kedua-dua nahas pesawat 737 MAX babitkan MCAS

[ad_1]

KUALA LUMPUR, 5 April (Bernama) — Boeing mengakui bahawa kedua-dua nahas membabitkan pesawat 737 MAX yang menyebabkan sejumlah 346 orang terkorban dalam tempoh lima bulan, mempunyai masalah dengan Sistem Penambahan Ciri-Ciri Manuver dikenali sebagai MCAS, yang diaktifkan sebagai respons kepada sudut maklumat serangan yang salah.

“Butiran penuh mengenai apa yang berlaku dalam dua nahas itu akan dikeluarkan oleh pihak berkuasa kerajaan dalam laporan akhir, tetapi, dengan laporan awal siasatan nahas Ethiopian Airlines penerbangan ET302 yang dikeluarkan, jelas bahawa MCAS dalam kedua-dua penerbangan itu, diaktifkan sebagai respons kepada sudut maklumat serangan yang salah,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Boeing, Dennis Muilenburg dalam kenyataan.

Sejarah industri menunjukkan kebanyakan nahas disebabkan oleh rangkaian peristiwa.
…..

[ad_2]