PAPAR: Seorang kanak-kanak lelaki kurang upaya (OKU) berusia 10 tahun diselamatkan anggota bomba selepas terkunci di dalam kereta kira-kira 15 minit di Jalan SK Ugama Pantai Manis, di sini, petang tadi.
Pegawai Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah, Penolong Penguasa Bomba, Riki Mohan Singh Ramday berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 4.09 petang.
Katanya, pasukan bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Papar yang tiba di lokasi mendapati terdapat seorang kanak-kanak lelaki OKU terkunci dalam sebuah kereta jenis Proton Saga FLX.
“Pasukan bomba bertindak membuka pintau kereta terkunci dengan menggunakan peralatan khas dan berjaya membuka pintu kereta terbabit.
“Kanak-kanak terbabit selamat dan diserahkan kepada ahli keluarganya,” katanya ketika dihubungi, hari ini.
Menurutnya, selepas memastikan keadaan selamat, operasi ditamatkan pada jam 4.24 petang. – Info X

More Stories
Teruskan rayuan 40% hanya panjangkan ketidaktentuan, hakis kepercayaan rakyat Sabah – Madius
Madius dilantik pimpin POIC Sabah, Roger Chin pengerusi baharu Invest Sabah Berhad
Isu ‘Pusingan P’ di Jalan Kinarut Dibawa ke Peringkat Nasional