KOTA KINABALU: Tiga pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bingkor, Keningau mengharumkan nama Malaysia apabila memenangi dua pingat emas dan anugerah utama pertandingan Dance World Cup 2024 di Prague, Republik Czech, minggu lalu.
Satu-satunya wakil Malaysia ke pertandingan antarabangsa yang disertai 54 negara itu memenangi anugerah emas bagi kategori Junior Solo National and Folklore Dance dan kategori Junior Duet / Trio National and Folklore Dance pada Khamis lalu.
Mereka kemudian dijemput bertanding merebut Most Outstanding Trophy pada Gala Night Dance World Cup 2024, Sabtu lalu dan berjaya memenangi anugerah major Most Outstanding Male Junior dan Most Outstanding Duet / Trio Junior.
Pelajar terbabit ialah Mohamad Haykal dan Wilfred Marcus, kedua-duanya menuntut di Tingkatan Lima, manakala seorang lagi ialah Flirencley Lius di Tingkatan Tiga).
Sepanjang lima hari di Prague, mereka diiringi seorang guru SMK Bingkor, Caroline Jreneus.
Mereka yang menamakan diri Kumpulan Tukang-Tukang SMK Bingkor di bawah bimbingan jurutari Brandon Balasius @ Boichore berlatih selama tiga bulan sebelum bertolak ke Prague pada 2 Julai lalu dan pulang semalam.
Pada pertandingan itu, Mohamad memenangi anugerah emas Junior Solo National and Folklore Dance (lelaki) dan anugerah major Most Outstanding Male Junior, manakala kumpulan mereka bertiga memenangi anugerah emas Junior Duet / Trio National and Folklore Dance dan Most Outstanding Duet / Trio Junior. – Info X
More Stories
Wanita Dakwa Ditukar Agama Kepada Islam Tanpa Izin, Sindiket Libatkan Ahli Keluarga Dalam Politik?
Polis Tawau rampas dadah jenis syabu 2.43kg bernilai RM87,000
‘Berubahlah, makin tua sudah’ – nasihat hakim kepada pesalah tegar dadah