Bomba selamatkan remaja perempuan cuba terjun bangunan

LAHAD DATU: Seorang remaja perempuan diselamatkan anggota bomba ketika dipercayai cuba bertindak terjun dari tingkat satu di bangunan kedai di Reno Fajar, di sini, malam ini.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lahad Datu, Penolong Penguasa Bomba, Sumsoa Rashid berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 8.11 malam.
Katanya, sepasukan anggota dan pegawai bersama jentera dan Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) digerakkan ke lokasi kejadian.
“Sebaik tiba di lokasi, didapati seorang remaja perempuan dipercayai cuba terjun dari tingkat satu di bangunan kedai.
“Pasukan bomba berjaya menyelamatkan mangsa dari cubaan terjun bangunan berkenaan,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.
Menurutnya, mangsa kemudian diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.
“Operasi ditamatkan pada jam 8.51 malam,” katanya. – Info X
More Stories
Warga Pakistan ditahan bersama 15,850 kotak rokok seludup
Buaya tembaga seberat 180 kg berjaya ditangkap
14 Sekolah Terjejas Banjir Di Daerah Beaufort