SANDAKAN: Seorang lelaki dilaporkan jatuh dan hilang selepas terlibat dalam kemalangan bot bertembung di Pulau Tanjung Batu Sandakan subuh hari ini.
Jurucakap Pusat Gerakan Operasi JBPM Sabah berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian itu pada jam 12.44 pagi.
“Sepasukan anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sandakan telah dihantar ke lokasi kejadian bagi memulakan operasi pencarian mangsa.
“LAPOR BERLAKU KEMALANGAN BOT BERTEMBUNG DI PULAU TANJUNG BATU DAN TERDAPAT SEORANG MANGSA TERJATUH MASIH HILANG,” KATANYA DALAM SATU KENYATAAN MEDIA, DI SINI, HARI INI.
Katanya, operasi pencarian telah dimulakan pada jam 7.30 pagi dan maklumat akan dikemaskini dari semasa ke semasa.
Mangsa dikenali sebagai Simran Asarap berusia 23 tahun dan setakat ini masih belum ditemui.
Manakala anggota yang terlibat dalam operasi pencarian ini adalah, empat anggota bomba, satu jentera pajero dan satu bot serta lapan wakil dari PDRM dan lima dari APM. -SABAH NEWS

More Stories
Malaysia satu-satunya negara Asean tak catu bekalan bahan api
Senarai nama calon KP SPRM telah dipersembah kepada Agong
UMS Pacu Kampus Lestari Melalui Program Tanam Pokok @ FKJ