PUTRAJAYA: Perdana Menteri, Anwar Ibrahim mengumumkan bantuan khas Aidilfitri berjumlah RM500 kepada semua penjawat awam gred 56 dan ke bawah, termasuk lantikan kontrak.
Beliau yang juga menteri kewangan berkata, bantuan kewangan RM250 pula buat pesara berpencen dan tidak berpencen.
“Saya dah maklumkan Perbendaharaan supaya bantuan khas disalurkan mulai Jumaat ini,” katanya pada perjumpaan bulanan bersama warga Jabatan Perdana Menteri di sini.
Anwar berkata, pemberian bantuan khas itu susulan maklum balas penjawat awam di ketika kunjungannya ke beberapa negeri baru-baru ini.
“Bila saya jumpa penjawat awam semalam…tanya macam mana bonus (raya)? Ada yang malu-malu kata tak apa saya faham Datuk Seri, seorang lagi kata (bonus awal) dah habis belanja Datuk Seri.
“Semalam di Sarawak dan petang ini ke Perlis, tapi semua tempat saya lihat penjawat awam masih mengeluh.
“Saya belum beritahu KSN (ketua setiausaha negara) lagi ni (pemberian bonus raya) sebab dia nak sebut pun segan kerana saya jawab RM2,000 dah dapat cukup…jadi mereka pun diam, tapi dalam hati tu saya tengok berdegup,” katanya sambil disambut tepukan gemuruh warga JPM.
Pada 23 Feb lalu, penjawat awam gred 56 dan ke bawah, termasuk lantikan kontrak, menerima bayaran insentif awal Kajian Sistem Saraan Perkhidmatan Awam sebanyak RM2,000.
Dalam perkembangan lain, beliau mengumumkan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 2 akan mula disalurkan Rabu ini.
Sementara itu, Anwar meminta penjawat awam lebih agresif menjelaskan inisiatif dan bantuan kerajaan kepada rakyat untuk mengurangkan kritikan terhadap kerajaan perpaduan.
“Soal kritikan biasalah, politik saya pun faham, tapi untuk mengatakan kita tidak faham (dan) tidak prihatin itu tidak betul…saya minta saudara-saudari jelaskan.
“Walaupun penjawat awam tak semestinya campur arus politik, tapi ini soal dasar kerajaan dan (perlu sampaikan) fakta, kalau tidak seolah-olah kita tak buat apa. Ada yang mengatakan sejak kerajaan Madani ini (berkuasa), tidak ada apa pun yang dilakukan…dan sebagai walaun, ya benar.”
More Stories
KUSKOP salur RM346.28 juta pembiayaan PMKS dan koperasi di Negeri Sembilan pada tahun 2024
Maritim Malaysia tahan dua bot tunda nelayan lakukan aktiviti tarik pukat tunda
Agensi di bawah KUSKOP bantu usahawan terjejas banjir di Sabah, Sarawak