Cadangan naikkan elaun kritikal Bomba dikaji

[ad_1]


Zuraida Kamaruddin
JOHOR BAHRU, 14 Dis (Bernama) — Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) akan mencadangkan kenaikan elaun kritikal untuk anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) supaya lebih setimpal dengan cabaran dan risiko dihadapi anggota dalam menjalankan tugas.

Menterinya Zuraida Kamarudin berkata pihaknya akan berbincang dengan Jabatan Perkhidmatan Awam berkenaan kaedah pemberian elaun kritikal untuk anggota JBPM.

“Sudah tiba masanya untuk kita pertimbang naikkan (elaun kritikal) kerana kerja bomba ini berbahaya malah kerja-kerja bukan dalam skop tugas pun mereka buat,” katanya kepada pemberita selepas melawat Kompleks Kuarters Bomba Johor, di Kempas, hari ini.

Pada Julai tahun ini, Zuraida berkata KPKT memperuntukkan sebanyak RM35 juta bagi pemberian elaun kritikal kepada anggota JBPM, yang memberi manfaat kepada kira-kira 13,000 anggota JBPM di seluruh negara.
…..

 

[ad_2]