[ad_1]
PUTRAJAYA, 3 Jan (Bernama) — Nurini Kassim, Ketua Pegawai Eksekutif Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) yang baharu, hari ini mengunjungi Menteri Komunikasi dan Multimedia Gobind Singh Deo di pejabat beliau di sini untuk membincangkan perkara berkaitan hala tuju Bernama.
Hari ini adalah hari kedua Nurini menjawat jawatan itu. Beliau adalah wanita pertama mengetuai Bernama dalam sejarah 51 tahun penubuhannya.
Nurini, 55, yang dilantik bagi tempoh dua tahun, mengambil alih daripada Datuk Zulkefli Salleh yang tamat tempoh perkhidmatannya pada 3 Okt tahun lepas.
Dalam pertemuan itu, Gobind menasihati Nurini agar sentiasa menjulang nama Bernama dan bekerjasama rapat dengan kementerian.
— BERNAMA
[ad_2]
More Stories
Madius gesa Kementerian Perpaduan jadikan MA63 sebagai asas pembinaan negara bangsa Malaysia yang bersatu padu
Suara kebencian berbaur agama, ramai rakyat Sabah, Sarawak kesal membentuk negara Persekutuan Malaysia: Madius
Mesyuarat Jentera Pilihanraya UPKO N2 Bengkoka Fokus Persiapan Hadapi PRN17