[ad_1]
PUTRAJAYA, 3 Jan (Bernama) — Kementerian Kesihatan memberi jaminan bahawa kempen larangan merokok di tempat makan bukanlah bersifat “hangat-hangat tahi ayam” atau bermusim sebagaimana digusarkan oleh netizen di media sosial.
Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata penguatkuasaan yang telah dilaksanakan sejak 1 Januari itu adalah sebahagian daripada usaha kerajaan dalam menjadikan rakyat di Malaysia sebagai masyarakat maju menjelang 2020.
“Agak terlalu awal untuk mengukur kejayaan penguatkuasaan ini namun setakat ini kami mendapat maklum balas yang positif daripada masyarakat,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Perasmian Program Promosi Tempat Makan sebagai Tempat Dilarang Merokok dan Pelancaran Program Restart (Restoran Tanpa Asap Rokok dan Tembakau) di sini hari ini.
…..
[ad_2]
More Stories
Kristjan Chapman, Hasnita Asis rangkul kejuaraan maraton 42KM BIM 2025
Sebarang keputusan berhubung PRN akan dirujuk AMT GRS – Hajiji
Kes HFMD di seluruh negara meningkat 266 peratus – KKM