[ad_1]
Beliau berkata, beradasarkan tinjauan CFM di seluruh negara lebih 60 peratus pengguna komunikasi dan multimedia tidak faham akan peranan CFM.
“Pertandingan animasi CFM Animatch merupakan pertandingan animasi pertama anjuran CFM yang mensyaratkan peserta menghasilkan video animasi kreatif yang menyampaikan mesej dan isu yang sering dihadapi pengguna perkhidmatan komunikasi dan multimedia,” katanya kepada pemberita selepas majlis penyampaian hadiah CFM Animatch di Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia di sini hari ini.
CFM Animatch yang berlangsung sejak Februari menerima 126 penyertaan dengan 10 terpilih ke peringkat akhir. Kumpulan Cikeboom yang menghasilkan video mengenai tips-tips penggunaan data Internet menjuarai CFM Animatch 2019 sekaligus membawa pulang wang tunai RM8,500 beserta trofi.
Cikeboom dianggotai oleh tiga orang iaitu pereka animasi bebas Hasnan Morsidi, 44, pelajar Ijazah Sarjana Muda Animasi 2D Universiti Teknologi Mara Mohammad Haikal Danial Mohammad Jota, 21 dan pekerja swasta Mohd Syafiq Yusuf, 25.
Video animasi pemenang serta finalis CFM Animatch akan dikongsi di media sosial dan saluran YouTube CFM serta beberapa saluran televisyen sebagai pesanan khidmat masyarakat dan panduan kepada pengguna jika menghadapi isu komunikasi dan multimedia.
Hadiah kepada pemenang CFM Animatch hari ini disampaikan oleh Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar) Kementerian Komunikasi dan Multimedia Shakib Ahmad Shakir.
Shakib ketika ditemui pemberita berkata, pertandingan seperti CFM Animatch menggalakkan industri animasi negara yang kini mendapat sambutan hangat di luar negara untuk terus berkembang.
Antara produk animasi Malaysia yang mendapat sambutan hangat di luar negara ialah filem dan siri animasi Upin & Ipin serta Ejen Ali, katanya lagi.
— BERNAMA
[ad_2]
More Stories
Kehadiran Madius Meriahkan lagi sambutan Hari Malaysia KRT Tambalugu
MA63: 9 tuntutan asas selesai sepenuhnya
PADU: Kebimbangan M40 bujang perlu diperhalusi – Pakar