BEIJING, 7 Mac – Rundingan secara langsung perlu dilakukan dengan kadar segera antara Ukraine dan Rusia ketika konflik antara kedua-dua negara itu terus memuncak, gesa China dan Amerika Syarikat (AS).
Gesaan itu merupakan kali pertama disuarakan oleh kedua-dua negara itu (China dan AS) sejak Rusia menyerang Ukraine pada 24 Februari lalu.
Sebelum ini, China enggan mengkritik serangan dilakukan Rusia, sebaliknya menekankan supaya kedua-dua negara (Rusia dan Ukraine) mengambil jalan penyelesaian konkrit.
Menteri Luar China, Wang Yi memberitahu kepada Setiausaha Negara AS, Antony Blinken bahawa Beijing menggalakkan rundingan secara langsung antara Rusia-Ukraine.
“Kami berharap pertempuran antara kedua-dua negara berakhir segera dan krisis kemanusiaan skala besar-besaran juga dapat dielakkan.
“Biarpun rundingan tersebut berdepan kesukaran, namun tidak salah untuk terus mencuba,” katanya seperti yang dilapor Reuters.
Blinken menerusi jurucakap Jabatan Negara AS, Ned Price berkata, dunia ketika ini sedang memerhati negara mana yang memperjuangkan kebebasan dan kedaulatan.
Namun, kelantangan Blinken tidak dipandang China apabila Wang Yi sehingga kini masih tidak mahu merujuk krisis yang berlaku di Ukraine sebagai peperangan.
“Konflik yang berlaku adalah rumit dan saling berkaitan dengan kepentingan keselamatan yang melibatkan semua parti,” kata Blinken.
Sebaliknya, Wang Yi menegaskan AS, Pertubuhan Perjanjian Atlantin Utara (NATO) dan Kesatuan Eropah (EU) perlu membuat penilaian menyeluruh mengenai kesan mengenakan sekatan besar-besaran terhadap Rusia.

More Stories
Tiada rakyat Malaysia terlibat dalam nahas pesawat di Kazakhstan
VIDEO DONALD TRUMPH DITEMBAK, PENEMBAK BERJAYA DIBUNUH
Syarat Hamas dalam gencatan senjata di Gaza adalah realistik