KIEV, 7 Mac – Akibat perang di Ukraine, pelajar-pelajar india yang terperangkap terpaksa mencairkan salji untuk mendapatkan bekalan air bersih baru-baru ini.
Pelajar tersebut yang belajar di Universiti Negeri Sumy bertindak sedemikian selepas Rusia menceroboh negara berkenaan pada 24 Februari lalu.
Seorang pelajar perubatan dari India, Malavika Manoj berkata, dia terpaksa berbuat sedemikian untuk mendapatkan bekalan air.
“Saya terpaksa mencairkan salji kerana tidak dapat bekalan air bersih,” katanya kepada akhbar Hindustan Times.
Lebih 500 pelajar India belajar di universiti tersebut dan tentera Rusia telah membedil loji tenaga di bandar Okhtyrka di Sumy baru-baru ini.
Ini menyebabkan para pelajar tersebut yang tinggal di hostel Universiti terpaksa keluar dan mengambil salji untuk dicairkan agar dapat dijadikan air minuman dan bekalan air bersih.

More Stories
Tiada rakyat Malaysia terlibat dalam nahas pesawat di Kazakhstan
VIDEO DONALD TRUMPH DITEMBAK, PENEMBAK BERJAYA DIBUNUH
Syarat Hamas dalam gencatan senjata di Gaza adalah realistik