China, Malaysia boleh masuk Thailand tanpa kuarantin

Gambar Hiasan

Oleh: Cyn J.

BANGKOK: Kementerian Pelancongan Thailand akan mengadakan perbincangan dengan Malaysia dan China mengenai skim gelembung pelancongan (Travel Bubble) pada bulan ini.

Menteri Pelancongan Thailand, Phiphat Ratchakitprakarn memaklumkan bahawa perbincangan bersama China akan diadakan pada minggu ini, manakala Malaysia pada hujung bulan ini.

“Thailand akan mengadakan perbincangan dengan China dahulu pada minggu ini susulan lawatan kerja ke negara itu.

“Kemudian, kami akan mengadakan perbincangan pula dengan Malaysia pada penghujung bulan ini,” katanya seperti yang dilapor Bangkokbiznews.

Antara yang akan dibincangkan ialah berkenaan fungsi skim tersebut yang membolehkan pelancong dari China dan Malaysia memasuki Thailand tanpa menjalani kuarantin, terutamanya mereka yang sudah lengkap vaksinasi Covid-19.

Dalam pada itu, pelancong China dijangka memasuki negara ini pada separuh kedua tahun ini memandangkan negara itu menutup pintu sempadannya bagi melaksanakan polisi sifar.

Sumber: Utusan Malaysia