KOTA KINABALU: Malaysia mencatat peningkatan terendah kes Covid-19, hari ini, iaitu sebanyak 106 kes baru, menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 1,624 kes.
Perkara itu diumumkan Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah dalam sidang media di Putrajaya, hari ini.
Peningkatan itu adalah yang terendah dalam tempoh 10 hari.
Semalam, Malaysia mencatatkan sebanyak 212 kes, jumlah tertinggi yang pernah dicatatkan dalam sehari.
Noor Hisham juga mengumumkan bahawa satu kematian baru direkodkan hari ini, menjadikan jumlah kematian sebanyak 15 orang.
“64 kes positif Covid-19 sedang dirawat di ICU, dengan 27 kes memerlukan bantuan pernafasan,” katanya.
Sementara itu, Sabah setakat ini hanya menunjukkan peningkatan satu kes Covid-19 menjadikan jumlah keseluruhan 170 berbanding 169 kes, semalam.
Bagaimanapun, Sabah kekal negeri ketiga tertinggi mempunyai kes Covid-19 selepas Selangor yang kini mencatat 381 kes dan Kuala Lumpur yang merekodkan 257 kes./BERITA SABAH

More Stories
Malaysia satu-satunya negara Asean tak catu bekalan bahan api
Senarai nama calon KP SPRM telah dipersembah kepada Agong
UMS Pacu Kampus Lestari Melalui Program Tanam Pokok @ FKJ