KOTA KINABALU: Malaysia hari ini mencatat 30 kes Covid-19 baharu, menjadikan jumlah keseluruhan kes setakat ini sebanyak 7,762.
Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah dalam sidang medianya, hari ini, berkata daripada jumlah kes baharu berkenaan, sebanyak 17 kes membabitkan warga asing.
Katanya, kes baharu itu juga terdiri daripada tiga kes import dan 27 kes jangkitan tempatan.
Sementara itu, seramai 95 lagi pesakit jangkitan wabak itu telah sembuh dan discaj, menjadikan jumlah keseluruhan kes sembuh sebanyak 6,330 atau 81.55 peratus daripada keseluruhan kes.
Ini menjadikan jumlah kes aktif Covid-19 di Malaysia ialah 1,317.
Noor Hisham turut memaklumkan tiada kematian baru dilaporkan, hari ini, dengan jumlah korban akibat Covid-19 di Malaysia kekal sebanyak 115 kes.-http://beritasabah.com

More Stories
Madius dilantik pimpin POIC Sabah, Roger Chin pengerusi baharu Invest Sabah Berhad
Isu ‘Pusingan P’ di Jalan Kinarut Dibawa ke Peringkat Nasional
UPKO Tuaran Hormati Keputusan Fairuz Bandar, Ucapkan Selamat Maju Jaya