KOTA KINABALU: Jumlah kes Covid-19 aktif di Sabah menurun sembilan kes hari ini iaitu sebanyak 15 kes berbanding 24, semalam.
Ini selepas sembilan lagi pesakit jangkitan wabak itu telah sembuh dan discaj manakala negeri ini juga tidak mencatat pertambahan kes baharu, hari ini.
Jumlah keseluruhan kes sembuh di Sabah kini sebanyak 326 manakala jumlah keseluruhan kes yang pernah direkodkan di Sabah kekal sebanyak 346.
Statistik terbaharu itu dimuat naik Menteri Kesihatan dan Kesejahteraan Rakyat Sabah, Datuk Frankie Poon Ming Fung dalam Facebook beliau, sebentar tadi.

Penampang juga menjadi daerah terbaharu yang bebas daripada kes aktif Covid-19 dan dikategorikan sebagai zon hijau.
Ini bermakna, jumlah daerah yang masih dalam zon kuning bagi kes aktif Covid-19 berkurangan kepada tujuh daerah iaitu Kota Kinabalu yang mencatat lima kes, Tawau (4), Semporna (2), Lahad Datu (1), Kinabatangan (1), Tuaran (1), dan Ranau (1).

Dalam pada itu, tiada kematian dicatatkan di Sabah, hari ini, dengan jumlah korban akibat Covid-19 di negeri ini kekal lima kes iaitu tiga kes berlaku di Kota Kinabalu manakala Tawau dan Tambunan masing-masing satu kes.
Sabah juga kini menjadi negeri ketujuh tertinggi mencatatkan Covid-19 di belakang Kuala Lumpur yang mencatat sebanyak 2,020, Selangor (1,878), Negeri Sembilan (856), Johor (675), Sarawak (552) dan Pahang (346).-http://beritasabah.com

More Stories
FPL UMS kongsi ilmu ternakan lebah kelulut dan khasiat madu kepada PPK Sandakan
UMS terima kunjungan penanda aras EKSA dari PHKK, UMPSA
MSN 2023 Peringkat Negeri Sabah diadakan pada 24 – 26 Ogos 2023 di UMS