COVID-19 : EMPAT KEMATIAN DI MALAYSIA HARI INI

KOTA KINABALU: Empat lagi kematian akibat Covid-19 dicatatkan di Malaysia, hari ini, menjadikan jumlah keseluruhan kematian setakat ini sebanyak 57 kes.

Perkara itu diumumkan Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Noor Hisham Abdullah dalam sidang mediannya di Putrajaya, hari ini.

Noor Hisham turut berkata, sebanyak 150 kes baru dilaporkan setakat tengah hari tadi, menjadikan jumlah keseluruhan kes di Malaysia ketika ini sebanyak 3,483.

Katanya, sebanyak 80 daripada 150 kes baru itu mempunyai kaitan dengan kluster tabligh Sri Petaling.

Noor Hisham turut memaklumkan sebanyak 88 kes pesakit pulih, menjadikan jumlah keseluruhan yang pulih sebanyak 915, iaitu 26.27 peratus daripada keseluruhan kes.

Sebanyak 99 pesakit kini berada di Unit Rawatan Rapi (ICU) dengan 50 daripadanya memerlukan bantuan pernafasan./BERITA SABAH