KOTA KINABALU: Malaysia hari ini hanya mencatat satu kes Covid-19 baharu, menjadikan jumlah keseluruhan kes yang pernah direkodkan di negara ini, setakat ini, sebanyak 8,640 kes.
Kes baharu itu juga hanya membabitkan kes import sekali gus buat pertama kalinya Malaysia mencatatkan sifar kes jangkitan baru dalam negara sejak 2 Mac.
Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah dalam sidang medianya di ibu negara, hari ini, berkata seramai 21 lagi dilapor sembuh menjadikan jumlah keseluruhan pulih daripada wabak itu ialah 8,375.
Perkembangan ini menjadikan jumlah kes aktif Covid-19 di Malaysia ialah 144 kes.
Empat pesakit kini menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) dengan dua daripadanya memerlukan bantuan pernafasan.
Noor Hisham juga hari ini memaklumkan bahawa buat hari ke-13 berturut-turut, tiada kematian baru dilaporkan, menjadikan jumlah korban akibat Covid-19 di Malaysia kekal sebanyak 121 kes.http://beritasabah.com

More Stories
Madius sifatkan permohonan penangguhan oleh Kerajaan Persekutuan sebagai “ketidakhikhlasan” yang nyata
Teruskan rayuan 40% hanya panjangkan ketidaktentuan, hakis kepercayaan rakyat Sabah – Madius
Madius dilantik pimpin POIC Sabah, Roger Chin pengerusi baharu Invest Sabah Berhad