KOTA KINABALU: Pelajar tahun 5 dan 6 serta pelajar tingkatan 1 hingga enam dan kelas peralihan akan mula kembali ke sekolah bermula 15 Julai depan.
Menteri Kanan Pendidikan, Dr Radzi Jidin, dalam sidang media khasnya di ibu negara, sebentar tadi, turut memaklumkan murid tahun 1 hingga tahun 4 juga akan mula bersekolah seminggu kemudian iaitu pada 22 Julai.
“Tarikh pembukaan semula sekolah ini terpakai kepada semua sekolah kerajaan, sekolah bantuan kerajaan, sekolah swasta dan mana-mana institusi pendidikan yang berdaftar dengan Kementerian Pendidikan (KPM).
“Bagi sekolah yang tidak berdaftar dengan KPM pula, mereka juga disaran untuk turut mengikut tarikh pembukaan penuh sekolah yang ditetapkan,” katanya.
Tambah beliau, pembukaan semula sekolah untuk murid bukan kelas peperiksaan awam itu dilaksanakan secara berperingkat setelah mengambil kira saranan Kementerian Kesihatan dan Majlis Keselamatan Negara (MKN).-http://beritasabah.com
More Stories
Madius gesa Kementerian Perpaduan jadikan MA63 sebagai asas pembinaan negara bangsa Malaysia yang bersatu padu
Suara kebencian berbaur agama, ramai rakyat Sabah, Sarawak kesal membentuk negara Persekutuan Malaysia: Madius
Mesyuarat Jentera Pilihanraya UPKO N2 Bengkoka Fokus Persiapan Hadapi PRN17