COVID-19 : KEMATIAN KINI 10 ORANG

KOTA KINABALU: Satu lagi kematian akibat Covid-19 berlaku hari ini menjadikan jumlah kes kematian di negara ini, setakat ini, meningkat kepada 10 orang.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah dalam kenyataannya petang tadi berkata, kes kematian ke-10 membabitkan seorang lelaki warganegara Malaysia berusia 74 tahun.

Korban terbaru itu adalah pesakit kes ke-259 dan mempunyai kaitan dengan kluster tabligh.

“Beliau telah dimasukkan ke Hospital Pulau Pinang pada 13 Mac 2020 setelah mengalami simptom pada 8 Mac 2020.

“Beliau telah disahkan positif Covid-19 pada 14 Mac 2020 dan diberikan bantuan alatan pernafasan setelah keadaan kesihatan beliau semakin merosot.

“Beliau disahkan meninggal dunia pada jam 4.05petang, 22 Mac 2020,” katanya./BERITA SABAH