KOTA KINABALU: Malaysia hari ini mencatat pertambahan 38 kes Covid-19 baharu menjadikan jumlah keseluruhan kes ketika ini sebanyak 7,819.
Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah dalam sidang medianya hari ini, berkata, daripada jumlah kes baharu itu, sebanyak 26 adalah kes import manakala selebihnya adalah jangkitan tempatan.
Enam kes daripada jangkitan tempatan itu juga membabitkan warga asing manakala enam lagi adalah warga tempatan.
Sementara itu, seramai 51 lagi pesakit telah pulih dari jangkitan wabak itu, menjadikan jumlah keseluruhan kes sembuh adalah sebanyak 6,404 atau 81.5 peratus daripada jumlah keseluruhan kes.
Ini menjadikan jumlah kes aktif Covid-19 di Malaysia ialah 1,338.
Noor Hisham turut memaklumkan tiada kematian baru dilaporkan dengan jumlah korban akibat Covid-19 di Malaysia kekal sebanyak 115 kes.-http://beritasabah.com
More Stories
Gabungan GRS-PH Plus tentukan hala tuju politik Sabah hadapi PRN – Armizan
Tamu Desa Kampung Pelakat jadi pusat aktiviti keusahawanan komuniti jual produk pertanian, hasil laut di Sipitang
Aksi akhir Liga Super: Peluang pemain muda tunjuk kualiti