KOTA KINABALU: Malaysia hari ini mencatat 93 kes Covid-19 baharu, menjadikan jumlah keseluruhan kes setakat ini sebanyak 7,970.
Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah dalam sidang medianya, hari ini, memaklumkan kesemua kes baharu itu adalah kes jangkitan tempatan.
“Seramai 91 kes baharu hari ini membabitkan warga asing manakala dua lagi adalah warga tempatan,” katanya.
Sementara itu, Noor Hisham berkata, seramai 61 lagi pesakit jangkitan wabak itu telah sembuh dan dibenarkan pulang, hari ini, menjadikan jumlah keseluruhan kes sembuh sebanyak 6,531 atau 81.94 peratus daripada jumlah keseluruhan kes.
Ini bermakna jumlah kes aktif di Malaysia setakat ini adalah sebanyak 1,324 kes dan daripada jumlah itu, enam pesakit kini dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dengan dua daripadanya memerlukan bantuan pernafasan.

Noor Hisham turut memaklumkan tiada kematian terbaharu akibat Covid-19, hari ini, dengan jumlah korban akibat wabak itu kekal sebanyak 115 orang.-http://beritasabah.com

More Stories
Madius sifatkan permohonan penangguhan oleh Kerajaan Persekutuan sebagai “ketidakhikhlasan” yang nyata
Teruskan rayuan 40% hanya panjangkan ketidaktentuan, hakis kepercayaan rakyat Sabah – Madius
Madius dilantik pimpin POIC Sabah, Roger Chin pengerusi baharu Invest Sabah Berhad