KOTA KINABALU, 1 Mac — Sabah mencatatkan penurunan sebanyak 700 kes baharu positif COVID-19 iaitu 2,174 kes berbanding Isnin (2,874) dalam Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) negeri Sabah, semalam.
Berdasarkan infografik Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS), daerah Kota Kinabalu kekal mencatatkan jumlah kes tertinggi bagaimanapun mengalami pengurangan iaitu 555 kes, diikuti oleh Penampang sebanyak 252 kes, Papar (204), Tuaran (181), Keningau (105), dan Kota Belud (101).
Sementara itu, sebanyak 779 buah premis telah diperiksa dalam Operasi Bersepadu Pemantauan Pematuhan Prosedur Operasi Standard (SOP) yang dijalankan semalam.
Dalam operasi tersebut, sebanyak 31 keping kompaun telah dikeluarkan di tiga daerah iaitu Kota Kinabalu (17), Tawau (13), dan Penampang (1).
Kesalahan yang dikompaun adalah disebabkan gagal menggunakan aplikasi MySejahtera atau mencatatkan nama dan nombor telefon sebelum memasuki premis.

More Stories
Malaysia satu-satunya negara Asean tak catu bekalan bahan api
Senarai nama calon KP SPRM telah dipersembah kepada Agong
UMS Pacu Kampus Lestari Melalui Program Tanam Pokok @ FKJ