KOTA KINABALU: Jumlah kes Covid-19 di Sabah meningkat sebanyak tujuh kes hari ini, menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 119 berbanding 112 kes, semalam.
Bagaimanapun, jumlah pertambahan kes pada hari ini sekali lagi menunjukkan penurunan selepas peningkatan sebanyak sembilan kes, semalam.
Statistik berkenaan disiarkan Menteri Kesihatan dan Kesejahteraan Rakyat Sabah, Datuk Frankie Poon dalam Facebook beliau, hari ini.
Bagaimanapun, Sebah kekal negeri ketiga tertinggi selepas Selangor dengan 263 kes dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dengan 139 kes.
Sementara itu, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melaporkan kes kematian akibat Covid-19 di negara ini kekal dua kes iaitu melibatkan dua lelaki masing-masing berusia 34 tahun di Johor dan pastor berusia 60 tahun di Sarawak.
Untuk hari ini, terdapat sebanyak 130 kes baharu positif Covid-19 termasuk 48 daripada kluster perhimpunan tabligh dan menjadikan jumlah keseluruhan 1030 kes termasuk 87 kes yang telah sembuh.
Sehingga kini, 941 orang masih dirawat di hospital seluruh negara termasuk 26 orang di Unit Rawatan Rapi (ICU)./BERITA SABAH

More Stories
Malaysia satu-satunya negara Asean tak catu bekalan bahan api
Senarai nama calon KP SPRM telah dipersembah kepada Agong
UMS Pacu Kampus Lestari Melalui Program Tanam Pokok @ FKJ