KOTA KINABALU, 28 April — Keadaan jangkitan COVID-19 di Sabah secara keseluruhan terus bertambah stabil dengan jumlah sebanyak 36 kes hari ini iaitu menurun sebanyak 4 kes berbanding semalam (40).
Menurut Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah, Datuk Seri Panglima Masidi Manjun, terdapat tujuh daerah yang mencatatkan pertambahan kes baharu berbanding 10 daerah yang mengekalkan jangkitan rendah semalam.
Antara tujuh daerah tersebut ialah Kota Kinabalu (11), Tuaran (6), Papar (4), Sipitang (4), Beaufort (2), Tawau dan Tenom (1)
Sehubungan itu, Kota Kinabalu menjadi daerah tunggal di Sabah yang mencatat kes baharu dua angka dengan 11 kes iaitu bertambah lima (5) kes berbanding semalam.
Secara keseluruhan, sebanyak 11 daerah mencatatkan kes baharu satu angka dengan enam (6) daripada daerah-daerah tersebut masing-masing merekodkan hanya satu jangkitan sahaja.
Dalam jumlah tersebut, seramai 34 orang daripada 36 pesakit baharu hari ini adalah dalam Kategori 1 dan 2. Kategori 3 dan Kategori 4 masing-masing merekodkan satu kes manakala Kategori 5 tiada sebarang kes.

More Stories
Malaysia satu-satunya negara Asean tak catu bekalan bahan api
Senarai nama calon KP SPRM telah dipersembah kepada Agong
UMS Pacu Kampus Lestari Melalui Program Tanam Pokok @ FKJ