KOTA KINABALU, 14 MAC : Sabah merekodkan kes baharu jangkitan COVID-19 sebanyak 845 kes, iaitu peningkatan sejumlah 49 kes berbanding Sabtu lepas (796).
Menurut infografik Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS), Kota Kinabalu kekal menjadi daerah kes tertinggi iaitu 227 kes, diikuti Penampang (105), Papar (82) dan Tuaran (81).
Sementara itu, 292 bilangan buah premis telah diperiksa dan 6 keping kompaun telah dikeluarkan dalam Operasi Bersepadu Pemantauan Pematuhan Prosedur Operasi Standard (SOP).
Dalam jumlah tersebut, 4 keping kompaun telah dikeluarkan di daerah Tawau dan 2 keping kompaun di Keningau.
Kesalahan yang telah dikompaun adalah gagal menggunakan aplikasi MySejahtera , mencatatkan nama atau nombor telefon sebelum memasuki premis.
More Stories
24 buah sekolah di Sabah terjejas banjir
Subsidi tiket penerbangan ‘Graduan Rindu Sabah’ dibayar sebelum Aidilfitri
Alhusin Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Sabah