COVID-19: Sebanyak 2,717 kes baharu dilaporkan di Sabah semalam

KOTA KINABALU, 4 Mac — Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) mencatatkan peningkatan sebanyak 481 kes baharu positif COVID-19 iaitu 2,717 kes di Sabah semalam.

Menurut Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS), Kota Kinabalu kekal penyumbang tertinggi kes iaitu sebanyak 1,350 kes, diikuti oleh Penampang (184), Tuaran (131), Papar (120), Keningau (113) dan Beaufort (108).

Sementara itu, sejumlah 1,058 premis telah diperiksa dalam Operasi Bersepadu Pemantauan Pematuhan Prosedur Operasi Standard (SOP) setakat ini.

Dalam jumlah tersebut, empat keping kompaun telah dikeluarkan di daerah Tawau menjadikan jumlah kumulatif kompaun terkini sebanyak 13,819 keping.

Kesalahan yang dikompaun adalah atas sebab gagal menggunakan aplikasi MySejahtera atau mencatatkan nama dan nombor telefon sebelum memasuki premis.