KOTA KINABALU, 25 Feb — Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan melaporkan peningkatan sebanyak 921 kes baharu positif COVID-19 iaitu 4,892 kes, dan tujuh kematian setakat semalam.
Menurut infografik Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS), daerah yang mencatatkan kes baharu tertinggi ialah Kota Kinabalu dengan jumlah 1,947 kes, diikuti oleh Tuaran (425), Penampang (415), Papar (290), Kota Belud (207), dan Tawau (208).
Sementara itu, sebanyak 414 buah premis telah diperiksa dan 20 buah premis diarah tutup dalam Operasi Bersepadu Pemantauan Pematuhan Prosedur Operasi Standard (SOP), semalam.
Dalam operasi tersebut, 12 keping kompaun telah dikeluarkan menjadikan jumlah kumulatif terkini sebanyak 13,660 keping.
Pecahan kompaun diikuti oleh Tawau (4), Kota Kinabalu dan Semporna (3), dan Penampang (2).
Kesalahan yang dikompaun adalah kerana melebihi masa operasi, gagal menggunakan aplikasi MySejahtera atau mencatat nama dan nombor telefon sebelum memasuki premis, dan gagal kemaskini buku daftar pelanggan.
More Stories
Pembinaan semula jambatan Pekan Tuaran – Sg Damit disenaraikan dalam RP5 RMKe-12 dengan kos RM30 juta: Kementerian Ekonomi
‘DUN Sabah bubar Ogos 2025’
Jelajah UPKO Gelombang Pantai Timur Cawangan Baharu Kg Sg Beruang Libaran dibentuk, perjuangkan hak rakyat di akar umbi