KIULU: Sebuah pesanan ringkas berkaitan dengan jangkitan Covid-19 kini tular dikongsikan dalam aplikasi whatsapp.
Pesanan tersebut atas penama Lorna Joseph menasihatkan penduduk Kiulu atau sesiapa yang telah berjumpa dengan kakaknya untuk membuat saringan Covid-19.
“Kepada penduduk sekitar Pekan Kiulu dan kepada yang berkenaan. Saya, Lorna Joseph wakil kepada keluarga kakak saya, SN Fiona Joseph yang bertugas di Hospital Berungis dan menetap di Kampung Tombongon (berdekatan dengan Asrama lelaki Monfort) ingin memaklumkan bahawa beliau sekeluarga seramai 7 orang telah disahkan positif dengan virus Covid-19 pada 8 december 2020.
“Sesiapa yang pernah berurusan atau berjumpa dengan beliau atau ahli keluarga beliau dinasihatkan untuk menjalankan saringan Covid-19 dan kuarantin kendiri.
“Sememangnya anggota frontliner sangat berisiko. Minta sokongan moral dan doa dari anda semua.
“Thank you for your prayers and moral support,” ujar pesanan tersebut.
Rata-rata respon yang ditunjukkan orang ramai dalam kumpulan whatsapp amat memberangsangkan.
Deanes Kim dalam sebuah kumpulan whatsapp mendoakan agar keluarga ini segera sembuh.
“Semoga keluarga ini diberikan kekuatan dan kesembuhan,” katanya.
Katit turut senada dengan Deanes dan mendoakan agar keluarga ini dilindungi.
“Adui kesian semoga Tuhan memberkati semuanya,” ujarnya sambil disusuli komen Amen oleh rakan-rakan dalam group sebagai tanda doa dan harapan agar keluarga Fiona segera sembuh.

More Stories
Malaysia satu-satunya negara Asean tak catu bekalan bahan api
Senarai nama calon KP SPRM telah dipersembah kepada Agong
UMS Pacu Kampus Lestari Melalui Program Tanam Pokok @ FKJ