Cuba kasi tapuk rokok seludup dalam kereta, tapi kedapatan juga. Wanita ditangkap di Penampang

Pasukan Gerakan Am (PGA) menahan seorang wanita dalam Ops Kontraban selepas didapati menjalankan aktiviti penjualan rokok tidak bercukai di sekitar daeeah ini.

Komander Briged PGA Sabah, Senior Asisten Komisioner Abdul Rani Alias berkata suspek berumur 43 tahun itu ditahan dalam serbuan di belakang sebuah kedai runcit di Jalan Cyber Square di sini semalam.

“Bertindak dengan maklumat awam, kita menjalankan serbuan kira-kira jam 7 pagi sebelum mengesan tindakan wanita yang menjadikan sebuah kereta jenis sedan sebagai tempat penyimpanan rokok seludup.

“Kesemua rokok seludup yang dianggarkan bernilai RM36,491 itu kemudianya dirampas untuk tindakan selanjutnya,” katanya dalam laporan Utusan Borneo.

Menurutnya kesemua rampasan termasuk kenderaan dianggarkan bernilai RM51,491.40 dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Penampang untuk siasatan lanjut.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 135 (1)(D) Akta Kastam 1967,” katanya sambil menambah operasi dijalankan Batalion 16 Pasukan Gerakan Am (PGA) Kota Kinabalu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *