TAWAU: Pasukan Polis Marin (PPM) berjaya merampas 1,300 liter minyak petrol disyaki cuba diseludup ke negara jiran di perairan Jeti Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) Lama, di sini, pada Ahad.
Semua rampasan itu dilakukan oleh anggota bot ronda PPM Tawau menerusi OP Taring Gelora di perairan berkenaan, kira-kira jam 9.15 pagi.
Komander PPM Wilayah Empat Sabah, Mohd Nazri Ibrahim berkata, sebelum itu pihaknya mengesan sebuah bot laju dalam keadaan mencurigakan bergerak dari CIQ Lama menuju Pulau Sebatik.
Katanya, bot ronda PPM cuba memintas untuk membuat pemeriksaan namun gagal apabila juragan bot laju terbabit menyedari kehadiran pihak berkuasa.
“Bot laju berkenaan bertindak berpatah balik dan merapat semula ke Jeti CIQ Lama, sebelum berjaya melarikan diri naik ke daratan di kawasan pasar Tawau.
“Hasil pemeriksaan ke atas bot yang ditinggalkan suspek, berjaya menemukan 45 tong jerikin berisi minyak petrol disyaki cuba diseludup ke negara jiran,” katanya dalam kenyataan media, di sini, semalam.
Menurutnya, rampasan minyak petrol berserta bot laju dan enjin yang dianggarkan keseluruhannya bernilai RM82,767 dibawa ke Pangkalan PPM Tawau untuk siasatan lanjut.
“Semua rampasan itu kemudian diserahkan kepada Pegawai Penyiasat Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) untuk siasatan mengikut Akta Kawalan Bekalan 1961,” katanya. –info x
More Stories
KUSKOP salur RM346.28 juta pembiayaan PMKS dan koperasi di Negeri Sembilan pada tahun 2024
Maritim Malaysia tahan dua bot tunda nelayan lakukan aktiviti tarik pukat tunda
Agensi di bawah KUSKOP bantu usahawan terjejas banjir di Sabah, Sarawak