Warning: mysqli_query(): (HY000/1021): Disk full (/tmp/#sql_267f_1.MAI); waiting for someone to free some space... (errno: 28 "No space left on device") in /home/beritasabah/public_html/wp-includes/class-wpdb.php on line 2349
February 26, 2024

Warning: mysqli_query(): (HY000/1021): Disk full (/tmp/#sql_267f_1.MAI); waiting for someone to free some space... (errno: 28 "No space left on device") in /home/beritasabah/public_html/wp-includes/class-wpdb.php on line 2349

CURI KOMPONEN KENDERAAN, SEORANG LELAKI DICEKUP PIHAK POLIS BAGI MEMBANTU SIASATAN

TAWAU : Tindakan pantas sepasukan Polis dari Bahagian Siasatan Jenayah (BSJ) IPD Tawau telah berjaya mencekup seorang lelaki bersabit kes kecurian komponen kenderaan.
Sebelum itu, pada 19 Januari lepas, satu laporan dibuat oleh mangsa yang mana telah menyedari empat buah tayar kereta jenis Toyota milik mangsa beserta sport rim telah hilang disyaki dicuri di kawasan Taman Milenium, Tawau.
Ketua Polis Daerah Tawau ACP Jasmin Hussin berkata hasil risikan maklumat daripada Bahagian Siasatan Jenayah Daerah (BSJD) IPD Tawau telah berjaya menangkap seorang lelaki tempatan yang terlibat dengan kes ini.
Katanya suspek yang berusia 27 tahun telah ditahan di sebuah rumah tidak bernombor di Jalan Tanjung Batu.
Menurutnya pemeriksaan lanjut secara menyeluruh di kawasan rumah tersebut telah menjumpai set kelengkapan dan peralatan bengkel serta empat buah rim beserta tayar.
Jasmin berkata suspek kemudian dibawa balik ke IPD Tawau bersama barang rampasan untuk tindakan selanjutnya.
Tambahnya semakan rekod lampau juga mendapati suspek pernah ditangkap bagi beberpaa kesalahan kes dadah dan juga jenayah sebelum ini.
Kes disiasat di bawah Seksyen 379A (1) Kanun Keseksaan.