Oleh Ahmad Tamrin
TAWAU: Daerah Tawau merupakan yang kedua tertinggi di Sabah selepas Kota Kinabalu dimana penyebaran penyakit Tuberkulosis (Tibi) dikesan.
Menurut Pakar Perubatan Klinik Kesihatan Apas Balung, Dr Nurul Idayu Mior Azmi, Kampung Inderasabah adalah antara lokaliti Tibi di Tawau yang mencatat 13 orang pesakit positif penyakit tibi sejak tahun 2017 sehingga kini.
Penyakit ini sukar dirawat dengan lebih berkesan oleh sebab kurang disiplin dalam kalangan pesakit dan gagal mengikuti jadual pemeriksaan kesihatan, katanya lagi.
Nurul Idayu berkata demikian semasa program “Jom Kenali Tibi” di Dewan Serbaguna Haji , Kampung Inderasabah yang dirasmikan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Apas Datuk Nizam Abu Bakar Titingan hari ini.
Beliau menasihati kepada orang ramai jika terdapat simptom batuk berpanjangan dan mengeluarkan kahak yang berdarah supaya segera ke hospital untuk mendapatkan rawatan kerana penyakit Tibi ini bahaya dan boleh berjangkit dan boleh membawa maut jika tidak dirawat.
Nurul Idayu berkata jika terdapat simptom penyakit tibi, pesakit perlu segera ke hospital untuk mendapat rawatan kerana ia boleh berjangkit dan jika tidak dirawat boleh membawa maut.

More Stories
Malaysia satu-satunya negara Asean tak catu bekalan bahan api
Senarai nama calon KP SPRM telah dipersembah kepada Agong
UMS Pacu Kampus Lestari Melalui Program Tanam Pokok @ FKJ