PEJALAN KAKI MAUT DILANGGAR KERETA DI TAWAU

By Ahmad Tamrin

TAWAU: Seorang lelaki maut dilanggar kereta semasa menyeberang jalan behampiran tanah perkuburan Kristian di Batu 7 Jalan Apas semalam.

Ketua Polis Daerah ACP Peter Umbuas berkata identiti mangsa belum dikenalpasti kerana polis tidak menemui sebarang keterangan diri pada mayat mangsa.

Pemandu Proton Iswara , seorang lelaki, sedang dalam perjalanan ke tempat kerja di Bandar Sri Indah dari rumahnya di Batu 4 Jalan Apas, kata Peter.

Setiba di tempat kejadian pada jam lebih kurang 6.40 petang, pemandu tidak dapat elak daripada terlanggar mangsa yang cuba menyeberang jalanraya dari pembahagi jalan kerana jarak terlalu dekat, tambah Peter.

Peter berkata mangsa cedera parah dan meninggal dunia di tempat kejadian manakala pemandu tidak mengalami luka.

“Pihak polis sedang menjalankan siasatan dibawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” kata Peter.