KOTA KINABALU: Datuk Azis Jamman (Warisan-Sepanggar) di Dewan Rakyat, hari ini, membaca pesanan teks berunsur tawaran yang telah dihantar kepada Isnaraissah Munirah Majilis (Warisan-Kota Belud).
Ketika membuat perbahasan Titah Diraja, Aziz turut berkata pesanan teks yang dipaparkan dalam bentuk salinan itu adalah bukti usaha sedang dijalankan agar Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) di Sabah menyokong Perikatan Nasional (PN).
Pesanan teks dalam bahasa Inggeris itu menyatakan: “Saya telah diarahkan oleh nombor satu untuk berhubung dengan anda. Boleh kita bercakap? Saya ada tawaran.
“YB, Sabah akan bertukar tangan. Jangan lepaskan peluang keemasan. Terima tawaran saya hari ini, saya di Kuala Lumpur.”
Aziz selepas itu tidak mendedahkan siapa sebenarnya ‘nombor satu’ dimaksudkan serta penghantar pesanan teks berkenaan menamun berkata satu laporan polis telah dibuat oleh Munirah.
“Saya harap Menteri Dalam Negeri menyiasat perkara ini. Ini adalah satu bentuk gangguan dan percubaan membeli dan rasuah (wakil rakyat) yang wajar dikenakan tindakan tegas,” katanya.
Terdahulu, sejumlah ADUN Sabah turut mendakwa telah didekati dan dihubungi untuk menukar sokongan mereka kepada PN.
Bagaimanapun, usaha itu dilihat sia-sia apabila satu persatu ADUN daripada Kerajaan Sabah menyatakan pendirian mereka untuk tidak akan berpaling tadah.
Sebelum ini, wujud khabar angin kononnya bekas Ketua Menteri Sabah, Tan Sri Musa Aman sedang merancang rampasan kerajaan negeri ini.-http://beritasabah.com
More Stories
Konvensyen UPKO untuk permerkasaan parti dan perjuangan rakyat: Ketua Penerangan
STAR, PBS dijangka tandatangani MoU Khamis ini
Saya masih Pengerusi PKR Sabah yang sah – Sangkar Rasam