KOTA KINABALU: Presiden Parti Warisan Sabah (Warisan) Datuk Seri Mohd Shafie Apdal menafikan dakwan kononnya parti berkenaan cuba menyembunyikan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) agar tidak melompat ke parti lain.
Ketua Menteri Sabah itu berkata semua ADUN berkenaan bebas untuk bergerak ke mana sahaja kerana Malaysia ada negara demokrasi.
“Apa keperluan saya untuk menyembunyikan ADUN daripada Warisan..mereka bebas untuk pergi ke mana sahaja dan mereka ada keluarga untuk dijaga.
“Kenapa saya perlu sembunyikan mereka ..di mana mereka?..saya baru balik dari Kuala Lumpur semalam dan saya menghadiri Parlimen,” katanya kepada pemberita selepas majlis penyampaian watikah pelantikan Peguam Besar Negeri Sabah, di sini hari ini.
Semalam, Presiden Parti Solidariti Tanah Air Rakyat Sabah (STAR) Sabah Datuk Dr Jeffrey Kitingan dalam sebuah portal mendakwa Mohd Shafie menyembunyikan ADUN Warisan untuk mengelakkan mereka meninggalkan parti berkenaan.
Sejak beberapa hari lepas banyak laporan khususnya di media sosial yang mengatakan Kerajaan Sabah pimpinan Warisan bakal tumbang apabila beberapa ADUN Warisan dikatakan keluar parti.
Mengulas mengenai terdapat laporan mengenai terdapat ADUN Warisan yang didatangi beberapa indiviu yang dipercayai cuba ‘membeli’ mereka untuk melompat ke parti tertentu, Mohd Shafie berkata wakil rakyat berkenaan telah membuat laporan polis.
“Oleh itu kita minta polis atau pihak berwajib untuk menjalankan siasatan kerana ini adalah salah satu gangguan,” katanya.-http://beritasabah.com
More Stories
Konvensyen UPKO untuk permerkasaan parti dan perjuangan rakyat: Ketua Penerangan
STAR, PBS dijangka tandatangani MoU Khamis ini
Saya masih Pengerusi PKR Sabah yang sah – Sangkar Rasam