Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melaporkan 4,765 kes baharu Covid-19, dengan rekod kematian tertinggi baharu sebanyak 39 kes.
Dr Noor Hisham Abdullah memberi amaran bahawa negara mungkin melangkau angka 5,000 pada pertengahan bulan ini.
Dalam tweetnya, ketua pengarah kesihatan berkata jumlah jangkitan sekarang adalah 453,223.
Selangor mencatatkan jumlah kes tertinggi dengan 2,082. Ini diikuti oleh Kuala Lumpur (540), Sarawak (405), Johor (348), Kelantan (297), Pulau Pinang (259), Kedah (226), Perak (172), Negeri Sembilan (122), Melaka (110) , Sabah (70), Pahang (63), Terengganu (60), Labuan (enam), Putrajaya (empat) dan Perlis (satu).
Setakat ini, 40,101 kes aktif dilaporkan dengan 469 pesakit sedang menerima rawatan di Unit Rawtaan Rapi (ICU) dan daripada jumlah itu 244 memerlukan bantuan pernafasan.
Katanya, negara juga mencatatkan pertambahan 39 kes kematian, menjadikan jumlah keseluruhan kematian akibat Covid-19 kini sebanyak 1,761 kes.
Jumlah kes kematian tertinggi sebelum ini adalah 26 kes yang dilaporkan pada 9 Mei lalu.
Sementara itu, terdapat 3,124 kes sembuh menjadikan jumlah kumulatif kes sebanyak 411,360 kes.

More Stories
Anwar pertimbang PRU menjelang Oktober ketika isu subsidi bahan api memuncak
Malaysia satu-satunya negara Asean tak catu bekalan bahan api
Senarai nama calon KP SPRM telah dipersembah kepada Agong