Oleh: Cyn J.
KOTA KINABALU, 27 Mei – Malaysia diserang keresahan selepas terputusnya bekalan ayam segar di beberapa kawasan serta harga makanan dan keperluan harian semakin melambung.
Ahli Parlimen Hang Tuah Jaya, Yang Berhormat Datuk Seri Haji Shamsul Iskandar berkata, bumi Malaysia sangat subur dan curahan hujan lebat sehingga dilanda banjir tidak sewajarnya mengalami kekurangan makanan sehingga terputusnya bekalan.
“Bumi Malaysia ini tanahnya subur, lautan terbentang luas. Namun di mana silapnya hingga kerajaan gagal untuk menyelia dan menjamin sekuriti makanan hingga terjadi kenaikan harga bahan mentah yang melampau?
“Daging mahal, disuruh bertukar ke ayam. Ayam mahal atau tiada disuruh bertukar ke ikan. Sekarang bukan hanya ikan sardin, tepung gandum juga melonjak harga,” katanya.
Sehubungan itu, ahli Parlimen Hang Tuah Jaya berpesan kepada penduduk agar segera mengadu sebarang kekurangan barang keperluan untuk dibantu oleh pusat khidmat parlimen tersebut.
“Kepada orang Melaka terutamanya di bawah parlimen Hang Tuah Jaya, jika ada apa apa permasalahan atau keperluan, sila tampil dan hubungi Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Hang Tuah Jaya.
“InshaAllah kami akan cuba santuni sedaya mungkin. Ini hanya inisiatif kecil dari saya dalam memastikan kelestarian hidup penduduk sekitar Hang Tuah Jaya,” ujarnya.
More Stories
Kebakaran dapur di Kedai Lama Papar hasil tindakan pantas Bomba
Labuan dikenal pasti sebagai hab global industri tuna – Zaliha
JANS digesa peka aduan gangguan bekalan, masalah tekanan air rendah