[ad_1]
Lee tiba di Perdana Putra di sini pada 10 pagi dan disambut oleh Dr Mahathir dan Menteri Luar Datuk Saifuddin Abdullah.
Dua perdana menteri itu kemudian mengadakan pertemuan empat mata diikuti satu mesyuarat delegasi.
Menteri Hal Ehwal Ekonomi Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dan Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman juga menghadiri mesyuarat itu.
Menurut Wisma Putra, kedua-dua pemimpin dijangka membincangkan isu-isu keprihatinan bersama, mengkaji kemajuan kerjasama dua hala yang sedia wujud dan meninjau bidang kerjasama baharu demi faedah bersama.
Lee yang tiba di Malaysia semalam, diiringi beberapa menteri dan pegawai kanan republik itu.
Malaysia dan Singapura merupakan rakan perdagangan kedua terbesar antara satu sama lain dengan jumlah dagangan bernilai US$59.92 bilion pada 2018.
— BERNAMA
[ad_2]
More Stories
Kehadiran Madius Meriahkan lagi sambutan Hari Malaysia KRT Tambalugu
MA63: 9 tuntutan asas selesai sepenuhnya
PADU: Kebimbangan M40 bujang perlu diperhalusi – Pakar