Dua beregu Malaysia ke akhir Jelajah Dunia BWF 2018

[ad_1]

KUALA LUMPUR, Nov 30 (Bernama) — Dua beregu campuran Malaysia — Chan Peng Soon-Goh Liu Ying dan Goh Soon Huat-Shevon Jemie Lai berjaya ke peringkat akhir Jelajah Dunia BWF 2018 yang akan berlangsung di Gimnasium Tianhe, Shanghai, China dari 12 hingga 16 Dis ini.

Kedua-dua beregu layak selepas menamatkan saingan masing-masing di kedudukan keempat dan ketujuh daripada lapan pasangan dalam ‘Race to Guangzhou Rankings’, demikian menurut Persekutuan Badminton Dunia (BWF) yang dimuat naik menerusi www.bwfworldtour.bwfbadminton.com.

Malaysia gagal layak dalam empat kategori – perseorangan dan beregu lelaki serta perseorangan dan beregu wanita dalam kejohanan yang menawarkan hadiah bernilai US$1.5 juta (RM6.279 million) apabila tiada seorang pemain berada dalam lapan terbaik bagi acara masing-masing.
…..

 

[ad_2]