Ketulan hablur jernih disyaki dadah jenis syabu dan peralatan yang dirampas oleh polis Kunak dalam serbuan awal pagi ini
Oleh Faizal Rahman
KUNAK: Dua buruh sebuah lading sawit di Tingkayu yang memiliki syabu seberat 31.90 gram dengan anggaran nilai RM 4,785 telah ditangkap polis dalam Ops Sarang awal pagi hari ini.
Kedua-dua saspek yang berumur 28 dan 30 tahun juga didapati tidak mempunyai dokumen pengenalan diri, kata Ketua Polis Daerah Supt. Baharin Md Tahir.
Bertindak atas maklumat, sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik IbuPejabat Polis Daerah (IPD) Kunak telah membuat serbuan terhadap sebuah rumah kongsi pekerja di ladang berkenaan pada jam 4.00 pagi, kata Baharin.
Pihak polis menjumpai satu beg silang didalamnya ada terdapat satu bekas kacamata mengandungi satu peket plastik cerah berisi ketulan hablur jernih disyaki dadah jenis syabu dan satu penimbang digital, tambah Baharin.
Hasil ujian saringan awal air kencing kedua-dua saspek mendapati positif dadah jenis syabu, katanya lagi.
Saspek kemudian dibawa balik ke IPD Kunak dan ditahan untuk siasatan lanjut dibawah Seksyen 39A(2) Akta Dadah Berbahaya 1952, kata Baharin.

More Stories
Pelajar asrama Kolej Vokasional Lahad Datu meninggal dunia kena ‘kuruyuk’
Cubaan seludup minyak masak, seorang lelaki ditahan di Lahad Datu
Baru dia tau! Kes pecah masuk stesen minyak dan kedai elektrik, saturang buruh kasar ditahan di KK