Dua mangsa hilang selepas bot yang dinaiki meletup di Pulau Tatagan, di sini kelmarin.
Menurut Utusan Borneo, Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 10.34 pagi.
“Susulan itu seramai enam anggota dan pegawai digerakan ke lokasi kejadian untuk operasi mencari dan menyelamat (SAR).
“Mengikut maklumat yang diterima, kejadian berlaku kelmarin dan terdapat dua penumpang bot berkenaan masih belum ditemukan,” katanya dalam kenyataan media, di sini semalam.
Katanya, operasi SAR diaktifkan hari ini bagi mencari mangsa yang dipercayai hilang dalam kejadian tersebut.
“Setakat ini identiti mangsa masih belum diketahui dan maklumat terkini akan dilaporkan dari semasa ke semasa,” katanya.

More Stories
Malaysia satu-satunya negara Asean tak catu bekalan bahan api
Senarai nama calon KP SPRM telah dipersembah kepada Agong
UMS Pacu Kampus Lestari Melalui Program Tanam Pokok @ FKJ