PAPAR: Dua ditemui meninggal dunia, manakala seorang masih hilang dipercayai lemas ketika mandi di pantai Kampung Bundusan, di sini, petang tadi.
Seorang lagi yang turut sama mandi bersama tiga mangsa terbabit dilaporkan selamat ketika ketibaan anggota penyelamat dari Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) pada jam 6.01 petang tadi.
Berdasarkan maklumat Pusat Gerakan Operasi (PGO) JBPM Sabah, ketika kejadian, keempat-empat mangsa dilaporkan mandi di pantai berkenaan.
“PGO Sabah terima panggilan kecemasan dari MERS999 terdapat empat orang mangsa lemas di pantai semasa menjalankan aktiviti mandi manda.
“Terdapat seorang mangsa berjaya dijumpai oleh orang kampung sebelum ketibaan bomba. Setibanya pasukan bomba di tempat kejadian bantuan CPR (pernafasan) dijalankan bersama Pegawai Perubatan KKM dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.
“Seorang lagi mangsa dilaporkan selamat selepas berjaya diselamatkan oleh orang kampung. Mangsa ketiga berjaya dijumpai oleh pasukan bomba pada jam.

“Mangsa ketiga dijumpai pada jam 6.56 petang, terdampar di tepi pantai. Pasukan bomba sedang menjalankan operasi mencari dan memyelamat (SAR) seorang lagi mangsa yang masih hilang,” katanya.
Dua mangsa yang ditemui meninggal dunia setakat jam 7.30 malam ini ialah remaja lelaki, Rizq Aariz Julkarnain Abd Aziz, 14 dan kanak-kanak lelaki, Rubern Vitalis, 7.
Mangsa yang masih hilang ialah Karl Marx Vitalis, 48, manakala mangsa yang berjaya diselamatkan penduduk kampung ialah Matthew Kana Vitalis,12.
Panggilan kecemasan berhubung insiden itu diterima menerusi MERS999 pada jam 5.37 petang tadi sebelum lapan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Papar diketuai Komander Operasi Kanan PPgB Rozlan Osman dan
Komander Operasi: PBK II Dahlan Jainuddin dikejarkan ke lokasi. – Info X

More Stories
Malaysia satu-satunya negara Asean tak catu bekalan bahan api
Senarai nama calon KP SPRM telah dipersembah kepada Agong
UMS Pacu Kampus Lestari Melalui Program Tanam Pokok @ FKJ