NEW DELHI, 7 Mac – Duta India ke Palestin, Mukul Arya, ditemukan maut di pejabatnya di Ramallah pada Ahad, lapor agensi berita Palestin WAFA.
Menteri Luar India, Subrahmanyam Jaishankar berkata dia sangat terkejut dengan kejadian itu.
“Beliau seorang pegawai yang bijak dan berbakat. Simpati saya terhadap keluarga beliau,” katanya dalam akaun twitternya.
Punca kematian Arya masih belum dapat dipastikan.
Arya menyertai Perkhidmatan Luar India pada 2008, sebelum ini berkhidmat di Perwakilan Tetap India ke UNESCO di Paris serta di kedutaan di Kabul dan Moscow.

More Stories
Tiada rakyat Malaysia terlibat dalam nahas pesawat di Kazakhstan
VIDEO DONALD TRUMPH DITEMBAK, PENEMBAK BERJAYA DIBUNUH
Syarat Hamas dalam gencatan senjata di Gaza adalah realistik