KOTA KINABALU: Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) melaksanakan Eksesais Bersepadu di perairan Kota Kinabalu bermula 23 September lalu sehingga semalam.
Latihan dikenali Eksesais Samudera Perkasa Timur 2/2024 itu adalah yang kedua dilaksanakan membabitkan kedua-dua pasukan.
Dua buah kapal TLDM iaitu KD KELANTAN dan KD RENCONG serta sebuah Pesawat Helikopter Maritim (HOM) mengambil bahagian dalam
Eksesais Samudera Perkasa Timur 2/2024.
Manakala empat buah kapal Maritim Malaysia mengambil bahagian iaitu KM ADIL, KM BISTARI, KM STAPA dan KM RENGGIS.
Selain itu, eksesais kali ini turut melibatkan elemen daripada Pasukan Khas Laut (PASKAL) TLDM dan Pasukan Tindakan Khas dan Penyelamat (STAR Team) Maritim Malaysia dalam siri latihan High Risk Visit, Board, Search and Seizure (VBSS).
Tema eksesais bagi siri kali ini adalah Peperangan dan Search and Rescue (SAR) selaras dengan six years roadmap (2023 – 2028) yang telah dibangunkan.
Aktiviti yang dilaksanakan di sepanjang eksesais meliputi Fasa Pelabuhan dan Fasa Laut yang terdiri daripada Subject Matter Expert Exchange (SMEE), Table Top Exercise (TTX) dan Field
Training Exercise (FTX).
Terdahulu, eksesais telah dirasmikan oleh Timbalan Panglima Armada Timur, Laksamana Pertama Mohd Norizal Fahrudin pada 25 September lalu.
Manakala majlis penutup eksesais disempurnakan oleh Pengarah Maritim Negeri Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan, Laksamana Pertama Maritim Datuk Che Engku Suhaimi Che Engku Daik, semalam.
Pelaksanaan Eksesais SAMUDERA PERKASA TIMUR 2/2024 ini dilihat platform terbaik untuk memperkasakan aspek kebolehoperasian dan persefahaman komuniti maritim
secara bersama dalam menentukan kestabilan dan keamanan serantau khususnya di Laut China Selatan.
More Stories
Seramai 650 pendatang asing tanpa izin dihantar pulang dari sandakan
Wanita cedera kereta terbabas ke dalam gaung
Dakwa warga China kerja tanpa permit, pengusaha pelancongan tempatan di Semporna lapor polis